Peniaga durian tayang 'body sado' tarik pelanggan?

Tular sekumpulan lelaki menjual durian tanpa memakai baju.
Tular sekumpulan lelaki menjual durian tanpa memakai baju.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tular di media sosial apabila sekumpulan pekerja lelaki berbadan sado sedang menjual durian sambil tidak memakai baju di sebuah gerai dipercayai di Kajang.

Penampilan peniaga yang tidak memakai baju telah menarik perhatian ramai selepas sebuah video dimuat naik di akaun TikTok milik gerai tersebut.

Bagaimanapun, seorang pengguna aplikasi X dikenali sebagai Syed Akramin mempersoalkan tentang cara pekerja gerai berkenaan dalam mengendali makanan.

"Saya rasa mereka ini tak pernah hadir kursus kendalian makanan.

"Harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh beri nasihat dan ambil tindakan. Putrajaya dan Kajang bukan jauh pun," tulisnya di ruangan kapsyen pada Khamis.

Dalam pada itu, seorang pengguna aplikasi sama bernama Kerol juga meminta pihak berkenaan untuk mengambil tindakan secepatnya.

"Dia mula dah nak buat merapu-rapu, pihak berkuasa tolong kenakan tindakan cepat," katanya.

Bagaimanapun seorang pengguna turut memaklumkan kebanyakan kedai di Putrajaya juga tidak mencapai piawaian kebersihan makanan dan memohon KKM menjalankan siasatan segera.

Artikel Berkaitan:

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyifatkan pekerja berkenaan tidak mementingkan kebersihan semasa berniaga.

Malah ada yang berkata aksi mereka tidak memakai baju itu merupakan taktik pemasaran menjijikkan selain keadaan berkenaan boleh mengundang fitnah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!