Takut kalah punca enam kerusi tidak diisytihar kosong - Noh

Laporan Sinar Harian pada Khamis. (Gambar kecil: Noh Omar)
Laporan Sinar Harian pada Khamis. (Gambar kecil: Noh Omar)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerusi enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong Perdana Menteri tidak diisytiharkan kosong kerana ia didakwa akan memberi tamparan hebat kepada Kerajaan Perpaduan jika gagal dimenangi seandainya diadakan pilihan raya kecil (PRK).

Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Noh Omar berkata, Kerajaan Perpaduan masih trauma akibat kesan kekalahan pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

“Tetapi kesan yang berlaku jika tiada PRK, pertama rakyat, masyarakat antarabangsa akan ketawakan kita sebab undang-undang lompat parti ini khusus untuk ahli Parlimen tidak melibatkan rakyat biasa.

“Jadi kalau kita sebagai ahli Parlimen yang meluluskan undang-undang untuk kita (ahli Parlimen), kemudian kita tidak hormati, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena,” kata bekas Pengerusi UMNO Selangor itu.

Sementara itu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, menyifatkan Akta Anti Lompat Parti yang ‘disembah’ Pakatan Harapan (PH) adalah akta yang mandul.

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal

Dakwanya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tak akan berani mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau dia buat, maknanya dia lawan tauke, iaitu Anwar yang melantiknya ke jawatan lumayan itu.

Artikel Berkaitan:

“Disebabkan Johari enggan guna kuasa Speaker untuk buang 'katak-katak', maka Akta Anti Lompat Parti dah tak guna,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!