Kejutan busana perarakan kontinjen negara di Olimpik Paris

Abdul Rashid.
Abdul Rashid.
A
A
A

MAJLIS Sukan Negara (MSN) memberi bayangan pakaian yang bakal diperagakan kontinjen Malaysia dalam upacara perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris hujung bulan ini berteraskan identiti negara.

Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Yaakub berkata, pemilihan rekaan dibuat berdasarkan masyarakat negara ini dan sesuai dengan kemeriahan temasya terbesar dunia tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak boleh menjelaskannya secara terperinci kerana MSN sudah melantik pihak pereka fesyen untuk menyediakan pakaian berkenaan.

"Sepatutnya yang kena jawab ialah pereka fesyen. Saya pentadbir sukan, tetapi apa pun kita orang Melayu dan Malaysia ia akan memberi imej Malaysia," katanya.

Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini memaklumkan bahawa atlet negara di Paris bakal bergaya dengan busana baju Melayu rekaan Rizman Ruzaini.

Jenama tersebut dihasilkan menerusi gandingan Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil yang baru-baru ini mencipta sensasi apabila mereka busana penyanyi terkenal, Lady Gaga untuk persembahan di Las Vegas.

Abdul Rashid menjelaskan selain pereka itu terdapat juga pihak lain yang menawarkan rekaan mereka, namun setelah penelitian dibuat pihaknya memilih Rizman Ruzaini.

"Sebenarnya ada beberapa pereka fesyen lain. Saya tak boleh maklumkan siapa mereka. Tetapi akhirnya satu pemilihan dibuat. Jadi itulah penetapan yang dibuat. Bukan ada sebab lain. Semua pereka fesyen bagus.

Artikel Berkaitan:

"Perkara ini dibincangkan secara bersama oleh pihak pereka fesyen, MSN, MOM (Majlis Olimpik Malaysia dan MPM (Majlis Paralimpik Malaysia). Ia dipersetujuai semua pihak dan Menteri (Hannah Yeoh) pun setuju. Mereka giat menyediakannya," katanya.

Justeru beliau berharap semua pihak menanti dengan sabar sebelum rekaan pakaian tersebut didedahkan kepada umum.

"Kita tunggu tengok baru ada unsur kejutan, kalau tiba-tiba keluar tiada kejutan. Saya rasa menjelang perbarisan (didedahkan kepada umum)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!