Martabat wau kapal jadi identiti Selangor

Tengku Amir (berdiri belakang) sambil memegang wau kapal bergambar bersama-sama tetamu yang hadir pada Program Pertunjukan Wau Kapal sempena Program Rumpun Selangor di SMK Kampung Bukit Kuching Tengah di sini pada Khamis.
Tengku Amir (berdiri belakang) sambil memegang wau kapal bergambar bersama-sama tetamu yang hadir pada Program Pertunjukan Wau Kapal sempena Program Rumpun Selangor di SMK Kampung Bukit Kuching Tengah di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor akan terus mempergiatkan usaha memartabatkan permainan wau kapal di negeri ini sebagai lambang identiti Selangor.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, pelbagai usaha perlu dilakukan termasuk penganjuran pertandingan bagi mengetengahkan permainan tradisional itu.

Menurut beliau, terdapat komitmen daripada Exco Perumahan dan Kebudayaan, Borhan Aman Shah menerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dalam mempromosikan wau kapal yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

"Mungkin ada penganjuran bersesuaian untuk mengetengahkan lagi wau kapal kerana permainan ini berasal dari negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pertunjukan Wau Kapal sempena Program Rumpun Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bukit Kuching Tengah di sini pada Khamis.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan mencemar duli pada program berkenaan.

Tengku Amir (dua dari kanan) diiringi Rizam (dua dari kiri) melawat pameran wau kapal sempena Program Rumpun Selangor di SMK Kampung Bukit Kuching Tengah di sini pada Khamis.
Tengku Amir (dua dari kanan) diiringi Rizam (dua dari kiri) melawat pameran wau kapal sempena Program Rumpun Selangor di SMK Kampung Bukit Kuching Tengah di sini pada Khamis.

Rizam memberitahu, cara permainan wau kapal cukup menarik dengan ciri-ciri tradisional apabila angin bertiup, maka tali ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya hingga wau terbang tinggi di udara.

Artikel Berkaitan:

"Wau yang terbang perlu dikawal supaya talinya tidak terputus dan jatuh ke tanah," jelas beliau.

Ujar beliau, usaha itu diyakini dapat menggalakkan sektor pelancongan di negeri Selangor.

Terdahulu, Tengku Amir meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama-sama pihak sekolah, pelajar dan masyarakat setempat.

Baginda yang tiba kira-kira jam 5 petang di sekolah itu berkenan menyaksikan persembahan silat dan kemudiannya menandatangani simbolik lawatan baginda di sekolah berkenaan.

Tengku Amir turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan bergambar bersama warga sekolah.

Sesi lawatan baginda itu turut diserikan dengan persembahan pelajar dan demo menaikkan wau kapal.

Baginda seterusnya berkenan mencemar duli untuk bermain wau kapal bersama pembesar istana sebelum bergambar beramai-ramai dengan tetamu yang hadir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!