Banyak jasa Tun Mohamed Dzaiddin kepada Badan Kehakiman

Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Tun Tengku Maimun
Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Tun Tengku Maimun
A
A
A

PUTRAJAYA - Allahyarham Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang meninggal dunia malam tadi telah banyak berjasa kepada Badan Kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menerusi kenyataan memaklumkan, Mohamed Dzaiddin dilantik sebagai Ketua Hakim Negara bermula dari 20 Disember 2000 sehingga 15 Mac 2003.

"Sesungguhnya kepulangan Allahyarham ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh warga kehakiman dan negara," katanya pada Khamis.

Mohamed Dzaiddin, 86, berkhidmat selama 20 tahun dalam bidang kehakiman sebelum bersara.

Sebelum diterima masuk ke English Bar sebagai peguam bela pada Jun 1966, anak kelahiran Perlis itu bertugas sebagai wartawan dengan akhbar The Malay Mail di Kuala Lumpur pada 1956 dan kemudian menyertai pasukan polis dengan pangkat Inspektor hingga 1961.

Pada Januari 1967, beliau diterima masuk sebagai peguam bela serta peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya sebelum berkhidmat di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Lumpur hingga Oktober 1982.

Mohamed Dzaiddin memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman sebagai Pesuruhjaya Kehakiman secara separuh masa selama tiga tahun pada 1979 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada Oktober 1982 yang kemudian menyaksikan beliau menabur bakti di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!