[VIDEO] 'Tak ada kahwin...jangan kacau saya' - Tengku Hassanal

A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat menghormati privasi peribadi baginda.

Baginda menzahirkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story Tengku Mahkota Pahang mendapat daripada perhatian rakyat.

Tangkap layar hantaran Tengku Hassanal yang dimuat naik pada Khamis.
Tangkap layar hantaran Tengku Hassanal yang dimuat naik pada Khamis.

Baginda turut memaklumkan, tiada majlis perkahwinan, sekali gus menafikan khabar angin baginda akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Takde (tak ada) kahwin.... jangan kacau saya," tulis Putera Raja berusia 29 tahun itu.

Tangkap layar hantaran Tengku Hassanal yang dimuat naik pada Khamis.
Tangkap layar hantaran Tengku Hassanal yang dimuat naik pada Khamis.

Tengku Hassanal memaklumkan sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, baginda sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi oleh orang ramai.

Artikel Berkaitan:

"Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.

"Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya," tulis baginda.

Tangkap layar hantaran Tengku Hassanal yang dimuat naik pada Khamis.
Tangkap layar hantaran Tengku Hassanal yang dimuat naik pada Khamis.

Tengku Hassanal bertitah, buat masa ini, baginda komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri.

"Saya dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih," tulis Tengku Hassanal.

Tengku Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 merupakan putera sulung kepada Al-Sultan Abdullah dengan Tengku Ampuan Pahang, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!