Southgate merendah diri, anggap Sepanyol pasukan pilihan

SOUTHGATE - Foto: EPA
SOUTHGATE - Foto: EPA
A
A
A

GARETH Southgate mengakui England perlu beraksi sempurna sekiranya mahu menewaskan Sepanyol pada perlawanan akhir Euro 2024 pada Isnin ini di Berlin.

Menurutnya, pengalaman akan membantu persiapan pasukan terutama England yang telah mara ke dua perlawanan akhir Euro berturut-turut selepas edisi 2020 di Wembley ketika tewas kepada Itali.

Bagaimanapun, Southgate mengenepikan bahawa England mempunyai kelebihan dan menyatakan bahawa Sepanyol wajar dilabel sebagai pasukan pilihan.

Pasukan Sepanyol kendalian Luis De La Fuentes telah memenangi kesemua enam perlawanan dalam kejohanan ini dengan persembahan meyakinkan.

“Mereka akan menjadi pilihan untuk apa yang telah mereka lakukan di kejohanan ini. Mereka telah menjadi pasukan terbaik.

"Dari segi taktikal kami perlu menjadi sempurna kerana mereka adalah pasukan yang sangat baik," katanya.

Namun, Southgate percaya England turut menunjukkan momentum terbaik yang telah dicipta dengan semangat dan kepercayaan antara pemain.

“Tetapi, kami telah berada di final. Pasukan telah bersama dan membentuk kesefahaman yang baik, Mereka telah banyak belajar daripada enam perlawanan terakhir ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga mempunyai pemain yang telah bermain banyak perlawanan besar dan mereka tahu apa yang perlu dibuat pada perlawanan akhir," akhirnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!