Peluang nikmati beli-belah percuma selama setahun di LuLu Hypermarket

Pemenang hadiah utama serta pemenang mingguan bergambar bersama pada majlis penyampaian hadiah di LuLu Capsquare pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB
Pemenang hadiah utama serta pemenang mingguan bergambar bersama pada majlis penyampaian hadiah di LuLu Capsquare pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB
A
A
A

LIMA pelanggan bertuah berpeluang menikmati tajaan beli-belah percuma selama setahun berjumlah RM24,000 di LuLu Hypermarket.

Hadiah utama itu ditawarkan menerusi peraduan belanja & menang Shopping Bonanza sempena sambutan ulang tahun ke-8 pasar raya itu beroperasi di Malaysia.

Pengurus Pemasarannya, Ahmad Sidqi Ghazali berkata, pemenang cabutan bertuah itu akan menikmati pengalaman beli-belah percuma bernilai RM2,000 sebulan bagi tempoh setahun.

Menurutnya, dengan perbelanjaan serendah RM50 dalam satu resit, pelanggan layak menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung dari 15 Jun hingga 25 Ogos depan.

"Seramai 888 pemenang berpeluang menikmati hadiah keseluruhan berjumlah RM288,000 termasuk pemenang mingguan menawarkan hadiah utama, laptop manakala tempat kedua dan ketiga, home teater sistem HiFi serta sistem soundbar.

"Bagi hadiah saguhati pula, seramai 433 pemenang berpeluang menikmati kad beli-belah bernilai RM50 dan 400 barangan teknologi maklumat (IT) atau gajet," katanya pada majlis penyampaian hadiah mingguan peraduan tersebut kepada pemenang pada Khamis.

Rohaizi (dua dari kiri) turut berpeluang meninjau barangan keperluan harian yang dijual di LuLu Capsquare KL. Foto: ROSLI TALIB.
Rohaizi (dua dari kiri) turut berpeluang meninjau barangan keperluan harian yang dijual di LuLu Capsquare KL. Foto: ROSLI TALIB.

Majlis berlangsung di LuLu Capsquare itu disempurnakan oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Agihan dan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Rohaizi Bahari.

Artikel Berkaitan:

Katanya, peraduan itu terbuka kepada pembelian barangan di lima cawangan pasar raya itu iaitu LuLu Capsquare, LuLu Amerin Mall Seri Kembangan, LuLu Shamelin Cheras, LuLu Setia Ecohill Semenyih dan LuLu Toppen Johor Bahru.

Selain itu, penyertaan turut dibuka kepada pelanggan yang membeli-belah secara dalam talian di luluhypermarket.com.

Ujarnya, setakat ini lebih 8,000 penyertaan diterima dengan seorang pemenang hadiah utama telah diumumkan pada majlis yang diadakan itu.

Pemenang bertuah yang memenangi hadiah utama membeli-belah secara percuma selama setahun bernilai RM24,000.Foto: ROSLI TALIB
Pemenang bertuah yang memenangi hadiah utama membeli-belah secara percuma selama setahun bernilai RM24,000.Foto: ROSLI TALIB

Kata beliau, kempen bertemakan Berbelanja dengan LuLu dan Kurangkan Kos Sara Hidup Anda selari dengan situasi peningkatan kos sara hidup rakyat.

"Melalui kempen ini, pasar raya LuLu akan mengadakan promosi harga runtuh pada setiap dua minggu bagi membolehkan pelanggan mendapat barangan murah.

"Untuk itu, sekurang-kurangnya 50 promosi dijalankan setahun selain tawaran sampingan lain yang turut diadakan pada tempoh-tempoh tertentu," katanya.

Beliau berkata, dengan pembelian RM50, pelanggan layak menerima satu kupon cabutan bertuah yang pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan kod QR disediakan atau melalui pautan luluhypermarket.com.

Hantar pendaftaran berserta butiran lengkap disusuli perkongsian ke platform media sosial berserta tag #LuLuHypermarketMalaysiaShopNWin.

Salah seorang pemenang yang ditemui, Nor Maria Syazrah Zakaria, 38, berkata, dia tidak menyangka dengan sekali percubaan, dia menang kad beli-belah RM50.

Jururawat itu berkata, lokasi LuLu Capsquare yang berdekatan dengan tempat kerja menjadi pilihan buatnya membeli barangan keperluan setiap bulan.

Selain itu, harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding pasar raya lain antara faktor dia selesa membeli-belah di sana.

"Contohnya beras basmathi lima kilogram ditawarkan RM37 berbanding RM40 di pasar raya lain.

"Kawasan ini juga selesa kerana senang mendapatkan parkir selain banyak makanan Arab seperti coklat dan kekacang terdapat di sini antara tarikan saya gemar berbelanja di sini, " katanya.

Seorang lagi pemenang mingguan, Suriati Sapuan, 52, berkata, dia menyertai peraduan itu minggu lepas dan terpilih sebagai pemenang hadiah kedua, sistem teater rumah.

"Saya beli mesin basuh di LuLu Setia Ecohill Semenyih dan sebaik tahu ada peraduan shopping bonanza ini jadi saya mencuba nasib dan alhamdulillah menang.

"Memang seronok beli-belah di pasar raya LuLu kerana banyak barangan makanan Arab terdapat di sini seperti keju dan kekacang yang ada antaranya harga lebih murah berbanding pesaing lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!