Pendaki warga Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu

Mangsa dibawa turun oleh MOSAR selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan berlaku hentakan pada bahagian belakang pinggang sekali gus menyukarkan mangsa berjalan turun.
Mangsa dibawa turun oleh MOSAR selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan berlaku hentakan pada bahagian belakang pinggang sekali gus menyukarkan mangsa berjalan turun.
A
A
A

RANAU - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 53 tahun itu mengalami kesukaran untuk berjalan menyebabkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) membantu membawanya sehingga ke Pondok Timpohon.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, seramai enam anggota MOSAR dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari pusat mereka.

Menurutnya, MOSAR hanya tiba di lokasi kira-kira sejam kemudian selepas menerima panggilan tersebut.

"Menurut maklumat daripada malim gunung pendaki di bawah jagaannya telah tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan berlaku hentakan pada bahagian belakang pinggang sekali gus menyukarkan mangsa berjalan turun.

"Mangsa sukar untuk berjalan turun. MOSAR bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Taman Kinabalu serta malim gunung membawa turun mangsa ke Panalaban menggunakan pengusung," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan selepas dibawa turun dari Gunung Kinabalu.
Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan selepas dibawa turun dari Gunung Kinabalu.

Katanya lagi, operasi membawa turun mangsa mengambil masa selama empat jam sehingga ke Pondok Timpohon.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa selamat dibawa turun dan seterusnya diserahkan kepada pasuka perubatan untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 1.37 pagi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!