Pertemuan pelbagai generasi

AHMAD SHABERY
AHMAD SHABERY
A
A
A

SHAH ALAM- Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 (HPF 2024) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Julai ini akan menjadi platform pertemuan pelbagai generasi agensi itu dari seluruh pelusuk negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sambutan berkenaan yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang bagi merealisasikan keutuhan agensi itu dan warganya yang mempunyai kekuatan tersendiri.

“Ada sejarah, ada budaya yang dapat menyatukan hati-hati kita.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sama ada syarikat swasta mahupun kementerian untuk menjayakan HPF 2024 pada kali ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Besar (Operasi), Izham Mustaffa berkata, sambutan HPF 2024 akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan pameran menarik yang memberikan manfaat kepada pengunjung.

IZHAM
IZHAM

Katanya lagi, pempamer yang menyertai HPF 2024 juga akan menyediakan pelbagai platform yang mendidik pengunjung bagaimana untuk menjana ekonomi dengan menghasilkan pulangan lebih baik kepada FELDA dan warganya secara keseluruhan.

“Ada 12 kluster yang terlibat dalam HPF 2024 antaranya kluster yang spesifi k untuk agrokomoditi dengan kelestarian, pameran jualan Agro Madani dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan syarikat-syarikat dalaman FELDA,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Izham meminta orang ramai untuk hadir ke sambutan HPF 2024 kerana pelbagai aktiviti menarik seperti reruai, cabutan bertuah, perkongsian maklumat dan banyak padanan perniagaan yang boleh dibuat dalam kalangan peneroka.

Tambahnya, sambutan berkenaan boleh dijadikan platform untuk menyatupadukan semua yang hadir sekali gus memastikan keseluruhan warga peneroka menjadi kumpulan yang kuat sekali gus membantu negara lebih maju.

“Sepanjang tiga hari nanti, ada pesta yang besar iaitu kendurian sempena musim durian. Banyak pempamer yang akan menjualnya,” ujar Izham.

Izham turut memaklumkan dua ekor gajah juga akan dipamerkan dan sesi penerangan mengenai hubungan hidupan liar dalam kehidupan seharian terhadap manusia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!