Operasi pencarian mayat bayi diteruskan

Pencarian mayat bayi yang dicampak ke Sungai Perak berhampiran pam air LAP diteruskan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat. - Foto PDRM
Pencarian mayat bayi yang dicampak ke Sungai Perak berhampiran pam air LAP diteruskan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat. - Foto PDRM
A
A
A

PARIT - Operasi pencarian mayat bayi perempuan yang dicampak sepasang kekasih ke Sungai Perak berhampiran rumah pam Lembaga Air Perak (LAP), Teluk Kepayang, Bota, di sini diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, pencarian tersebut bermula sejak semalam melalui bantuan pasukan bomba dan penyelamat walaupun berdepan sedikit kesulitan dan setakat ini, pencarian dilakukan di permukaan air memandangkan arus sungai yang deras.

"Pasukan pencarian tidak dapat menyelam di sungai tersebut kerana air yang deras disebabkan lokasinya berhampiran dengan rumah pam.

"Kita sudah membuat permohonan penutupan pam kepada pihak LAP Perak dan menunggu kelulusan mereka untuk menutup sementara selama 45 minit," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Barudin berkata, pasangan kekasih yang ditahan semalam direman bermula hari ini selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, polis menahan sepasang kekasih yang disyaki telah membuang mayat bayi perempuan yang baru lahir ke Sungai Perak di Teluk Kepayang, Bota di sini.

Suspek yang mengakui telah mengandung anak luar nikah selepas terlanjur bersama teman lelakinya bertindak membungkus bayi tersebut dan menyimpan dalam almari selama tiga hari.

Dia kemudiannya menyerahkan kepada teman lelakinya sebelum dibuang ke Sungai Perak.

Artikel Berkaitan:



ARTIKEL BERKAITAN:'Kenapa kau buang anak itu?'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!