Terhidu gas helium punca dua wanita maut dalam kereta

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis mengesahkan punca kematian dua rakan karib wanita yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di Jalan Tembikai, dekat sini pada Rabu adalah akibat terhidu gas helium.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kehilangan kedua-dua wanita berusia 25 dan 30 tahun itu disedari keluarga mereka sebelum laporan polis dibuat pada 5 Julai lalu.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Difahamkan polis turut menemui tong gas helium di dalam kenderaan yang dinaiki kedua-dua wanita terbabit.

Gas helium adalah gas paling ringan dan bersifat yang tidak berbau, tidak mempunyai rasa, bukan toksik dan tidak mudah terbakar.

Di atmosfera, gas ini menduduki jumlah paling banyak gas selepas hidrogen, namun tidak bermakna, helium tidak membahayakan.

Tindakan menelan helium menerusi kerongkong boleh menyebabkan rasa sakit dan otot tegang, perubahan pada saluran vokal yang membuatkan bunyi tinggi dan kecil.

Bagaimanapun menyedut helium dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan boleh menyebabkan gejala keracunan seperti masalah penglihatan, pening, kelemahan, sesak nafas, sawan, dan hilang kesedaran.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan dua mayat wanita ditemui dalam keadaan sudah kembung dan berbau busuk di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam.

Mayat berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 5.30 petang sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Turut ditemui adalah nombor telefon yang dipercayai milik ahli keluarga salah seorang mangsa yang diletakkan di bahagian papan pemuka (dashboard) kereta terbabit.

Kedua-dua mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!