Biden tersasul rujuk Zelenskyy sebagai 'Presiden Putin'

Biden tersasul ketika merujuk Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai "Presiden Putin" ketika sidang media di Washington selepas sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Khamis.

A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tersasul ketika merujuk Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai "Presiden Putin" ketika sidang media di Washington selepas sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

"Saya ingin menyerahkannya kepada Presiden Ukraine, yang memiliki keberanian dan ketegasan yang tinggi. Tuan-tuan dan puan-puan, Presiden Putin," kata Biden sebelum segera membetulkan kenyataannya.

"Saya sangat fokus untuk menewaskan Putin, jadi kita perlu berhati-hati," kata Biden.

Kekeliruan terbaharu itu timbul di tengah-tengah perbincangan mengenai kesihatan mental Biden dan keupayaannya untuk berkhidmat bagi tempoh satu penggal lagi, termasuk desakan agar beliau menarik diri daripada pilihan raya presiden selepas prestasi lemahnya semasa debat menentang Donald Trump pada akhir Jun lalu.

Pemimpin-pemimpin NATO berkumpul menghadiri sidang kemuncak tiga hari sempena ulang tahun ke-75 pakatan tentera itu. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!