Wanita maut, kereta terbabas langgar tiang lampu

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Paya Terubong - Relau di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 9.14 pagi itu, wanita berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di bahagian tempat pemandu kereta Perodua Viva.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kejadian berkenaan.

"Terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu dan tindakan anggota melakukan kerja-kerja mengeluarkannya dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa telah berjaya dikeluarkan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Ambulan St John," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!