MOF gesa institut perbankan ikut SOP

Hui Ying (tengah) menyempurnakan majlis Perasmian Pelancaran Trace and Recovery Operation (TRO) 2.0 (Penyata Tanpa Bayaran) Siri 2/2024 di Ayer Keroh, di sini, pada Jumaat.
Hui Ying (tengah) menyempurnakan majlis Perasmian Pelancaran Trace and Recovery Operation (TRO) 2.0 (Penyata Tanpa Bayaran) Siri 2/2024 di Ayer Keroh, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Kewangan (MOF) menggesa institusi perbankan dan kewangan di negara ini mengikut senarai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berkaitan aduan wang pelanggan mereka dikeluarkan secara tidak sah.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, setakat ini MOF telah menerima beberapa aduan mengenai pegawai bank yang tidak mengambil tindakan sewajarnya mengenai aduan pelanggan, termasuk menyiasat wang dikeluarkan secara tidak sah atau diperakui.

"Ada beberapa kes di tangan MOF tetapi berbanding dengan peratusan, memang tidak banyak (kes) dan masih terkawal.

"Tapi jika ada kes yang spesifik, kita akan siasat satu persatu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Perasmian Pelancaran Trace and Recovery Operation (TRO) 2.0 (Penyata Tanpa Bayaran) Siri 2/2024 di Ayer Kerohdi sini, pada Jumaat.

Hui Ying (tengah) ketika membuat Flag-Off Operasi Trace and Recovery (TRO 2.0) Siri 2/2024 di Ayer Keroh di sini, pada Jumaat.
Hui Ying (tengah) ketika membuat Flag-Off Operasi Trace and Recovery (TRO 2.0) Siri 2/2024 di Ayer Keroh di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, senarai SOP tersebut juga akan diperketatkan memandangkan semua langkah-langkah telah ada namun masih terdapat bank yang didakwa enggan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, kementerian itu turut memberi peringatan sekali lagi kerana SOP dan pengumuman ini bukan baharu dilaksanakan supaya aduan pelanggan mengenai wang mereka dikeluarkan secara tidak sah atau diperakui dapat dijalankan siasatan oleh pihak bank dan bukan terus menyalahkan mangsa.

"Jika tidak dapat buktikan itu bukan kecuaian pelanggan serta semua langkah dan prosedur telah diikuti, jadi bank perlu bertanggungjawab.

"Pemegang akaun bank pula, kita nasihatkan mereka menyemak akaun bank itu sebagai satu tabiat," katanya lagi

Tambah beliau, sekiranya perkara sebegini masih berlaku dan mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan bank, pelanggan boleh terus melaporkan kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) atau langsung ke Bank Negara.

Dalam pada itu, TRO 2.0 (Penyata Tanpa Bayaran) tersebut merupakan hasil pelaksanaan operasi khas bersepadu yang dilakukan di tujuh negeri membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bermula 14 hingga 19 Julai ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!