65 ahli sindiket tipu Forex diberkas

Ramli menunjukkan rampasan barang kes susulan penahanan 65 ahli sindiket tipu Forex, pada 2 Julai. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Ramli menunjukkan rampasan barang kes susulan penahanan 65 ahli sindiket tipu Forex, pada 2 Julai. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat panggilan sindiket tipu pelaburan Forex yang beroperasi di sebuah premis di Jalan Hang Tuah dekat sini, digempur dan berjaya menahan 65 individu pada 2 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun yang ditahan terdiri daripada 51 warga tempatan dan 14 warga asing.

Menurutnya, warga asing itu membabitkan tiga warga Vietnam, Bangladesh (1), Hong Kong (1), China (7), India (1) dan Thailand (1).

"Berdasarkan penelitian pakar sindiket ini dipercayai menjalankan aktiviti penipuan pelaburan Forex dan menawarkan dua jenis akaun iaitu standard dan premium.

"Pelabur yang berminat boleh mengakses laman sesawang yang disediakan bagi tujuan mendaftar, membuka akaun dan menguruskan transaksi pelaburan mereka," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ pada Jumaat.

Ramli (tengah) dalam sidang akhbar kejayaan JSJK di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Ramli (tengah) dalam sidang akhbar kejayaan JSJK di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata, siasatan dengan agensi penguatkuasaan pelaburan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan syarikat yang mengendalikan platform pelaburan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berlainan, Ramli berkata, dua kediaman yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket pelaburan tidak wujud di Bukit Jalil dekat turut diserbu polis pada 2 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, operasi terbabit telah menahan enam lelaki berusia 18 hingga 29 tahun selain rampasan pelbagai barang seperti lima komputer riba dan 18 telefon bimbit.

"Sindiket dipercayai akan mencipta akaun sosial media palsu di aplikasi CMB Dating dan Instagram sebelum digunakan untuk berkenalan dengan mangsa dalam kalangan warga Singapura.

"Mangsa seterusnya akan ditawarkan dengan skim pelaburan tidak wujud bernama ‘charlesa.biz’ dan diberikan pautan untuk mendaftar," katanya.

Tambahnya, suspek berperanan sebagai ejen pusat panggilan dan menerima gaji RM3,000 sebulan berserta komisen 10 peratus daripada nilai kerugian yang ditanggung mangsa.

"Pada 5 Julai, lima suspek telah dituduh di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!