Keropok beracun: Muhammad Luth Syauqi pula meninggal dunia

Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 1.20 petang.
Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 1.20 petang.
A
A
A

KULIM - [DIKEMAS KINI] Mangsa kedua yang termakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar Ahad lepas disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 1.20 petang.

Menurutnya, jenazah kanak-kanak dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk dibedah siasat.

Dua beradik maut selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Kedah pada Ahad.
Dua beradik maut selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Kedah pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan dua kanak-kanak terbabit kritikal selepas termakan keropok disyaki bercampur racun yang digantung di pagar dawai besi dekat kebun tidak jauh dari rumah mereka.

Pada Rabu, seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki bercampur racun dilaporkan meninggal dunia di HPP pada jam 8.40 pagi.

Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling pada jam 9.45 malam hari sama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!