Keputusan Speaker rosak tujuan anti lompat parti - IDEAS

IDEAS menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu boleh merosakkan tujuan undang-undang anti lompat parti.
IDEAS menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu boleh merosakkan tujuan undang-undang anti lompat parti.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas keanggotaan mereka dibatalkan daripada parti berupaya merosakkan tujuan undang-undang anti lompat parti.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr Tricia Yeoh berkata, perkembangan itu akan menghakis kepercayaan awam terhadap proses demokrasi.

Menurutnya, IDEAS menekankan kepentingan untuk mematuhi undang-undang anti lompat parti yang dilaksanakan pada 2022 untuk memastikan kestabilan politik dan melindungi peranan pembangkang dalam Parlimen.

“Undang-undang ini adalah asas untuk mengekalkan kepercayaan dalam sistem demokrasi. Ia diwujudkan untuk menghalang wakil rakyat yang dipilih daripada bertukar parti demi keuntungan peribadi yang boleh menggugat kestabilan kerajaan dan menghakis keyakinan pengundi.

“Sebarang penyelewengan daripada prinsip-prinsipnya boleh membahayakan kestabilan yang ingin dicapai dan menghakis kepercayaan awam terhadap institusi demokrasi kita,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tracia memberitahu, komunikasi yang telus mengenai keputusan sedemikian penting kepada awam.

“Tawar-menawar yang berlaku untuk memikat ahli Parlimen menukar sokongan bukan sahaja menghakis kepercayaan terhadap institusi kita tetapi mendedahkan demokrasi kepada budaya politik wang.

“Kami bimbang keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ini mungkin menetapkan contoh yang salah, yang mana kes serupa pada masa hadapan mungkin tidak dihukum," tegas Tracia.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!