Bantu mangsa kebakaran dapatkan rumah - Shafie Apdal

Mohd Shafie lawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka di Kampung Kuala Abai terbakar dalam kejadian Selasa lalu.
Mohd Shafie lawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka di Kampung Kuala Abai terbakar dalam kejadian Selasa lalu.
A
A
A

KOTA BELUD - Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengemukakan permohonan kepada Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU) atau Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) supaya mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kuala Abai, di sini, mendapat perhatian daripada kerajaan.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan (Warisan) berkata, permohonan itu sama ada bagi mendapatkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau bantuan supaya mangsa diberi penempatan yang selesa.

"Hari ini kita berkesempatan meninjau perkampungan yang baru saja dua hari lalu terbakar dan 59 ketua isi rumah (KIR) di mana 39 rumah yang musnah.

"Jadi mereka ditempatkan di kawasan khemah yang bersifat sementara, kemudahannya amat terbatas. Maka dengan itu saya berharap dapat ditanggani dengan sebaik mungkin kerana bukan hanya melibatkan orang dewasa, tetapi kanak-kanak dan ibu mengandung.

"Saya ke Kuala Lumpur esok, saya akan bawa senarai untuk permohonan ke ICU atau KKDW untuk mereka disediakan rumah secepat mungkin sama ada berbentuk PPRT atau bantuan kemudahan ini supaya rakyat kita ditempatkan di kawasan yang selesa," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis menyifatkan bencana kebakaran yang berlaku itu adalah paling besar dihadapi sepanjang beliau menjadi ahli parlimen.

"Melibatkan 200 lebih mangsa tadi ada ibu yang sedang menunggu hari, ada orang kurang upaya (OKU) dan ramai yang tidak dapat menyelamatkan barangan mereka, tinggal sehelai sepinggang.

"Jadi saya harap kerajaan bersama-sama memberi bantuan sama ada peringkat negeri atau Persekutuan kerana ini sudah di luar kita punya keterbatasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kebakaran merebak dengan pantas susulan keadaan rumah yang terlalu dekat dan angin yang kuat sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 18 rumah musnah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!