Gold inspirasi kisah benar

No Image Caption
A
A
A

BERMULA dengan rasa 'lelah' melihat isu perkauman menjadi 'alat mainan' politik mendorong pengarah prolifik, Adrian Teh menghasilkan filem terbaharunya, Gold.

Jelas Adrian, dia mendapat inspirasi untuk memotretkan sebuah kisah benar berdasarkan klip video atlet paralimpik, Cheah Liek Hou menyarungkan pingat emas dimenanginya pada leher jurulatihnya, Rashid Sidek.

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.

Farid dan Jack berjaya menterjemahkan watak masing-masing dengan baik.
Farid dan Jack berjaya menterjemahkan watak masing-masing dengan baik.

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

Filem ini menyaksikan gandingan pertama kali Farid Kamil sebagai Rashid Sidek dan pelakon yang kini menyinar di Taiwan menerusi filem Abang Adik iaitu Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou.

Antara momen yang akan mengundang rasa sebak.
Antara momen yang akan mengundang rasa sebak.

Selain itu, Gold turut dibintangi Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo (Guan Ting), Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.

Artikel Berkaitan:

Filem terbitan Astro Shaw bersama Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films dan One Cool Entertainment itu membawakan nilai kesungguhan dan aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaanserta keharmonian masyarakat, digarap kemas oleh pengarah pecah panggung Paskal The Movie dan Malbatt Misi Bakara, Adrian.

Jack nampaknya berada di level tersendiri apabila berjaya menyampaikan apa sahaja watak yang diberi dengan baik.
Jack nampaknya berada di level tersendiri apabila berjaya menyampaikan apa sahaja watak yang diberi dengan baik.

Adrian yang sinonim dengan filem-filem aksi beruniform yang membawakan mesej tribut kepada pahlawan negara, membuktikan kemampuannya dengan menghasilkan naskhah bertemakan sukan pula.

Babak-babak di dalam filem Gold bukan sahaja disokong dengan sinematografi yang menarik dan rekaan produksi yang berkualiti, tetapi muzik latar yang mengesankan.

Wan Raja membawakan watak sebagai Misbun Sidek.
Wan Raja membawakan watak sebagai Misbun Sidek.

Di samping mempunyai sinematografi menarik, kekuatan filem Gold juga adalah menampilkan babak aksi yang mampu meninggalkan kesan, baik dari segi emosi mahupun mesej yang ingin diketengahkan. Setiap babak digerakkan dengan baik oleh barisan pelakon terlibat.

Apa yang pasti, naskah ini pasti akan menyentuh perasaan anda, walaupun anda barangkali bukan peminat sukan badminton.

GOLD

PENGARAH: Adrian Teh

PELAKON: Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja, Yasmin Hani

GENRE: Drama / Sukan

DURASI: 2 Jam 6 Minit

KLASIFIKASI: P12

TAYANGAN: 11 Jul 2024

BINTANG: 4/5

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!