Sekat kemasukan pelancong China untuk bendung koronavirus

Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid
Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan drastik dan tegas dengan menangguhkan kemasukan pelancong China ke negara ini buat sementara waktu bagi membanteras penularan wabak koronavirus.

Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, langkah itu perlu memandangkan wabak berkenaan menjadi kebimbangan ramai selain belum ada sebarang ubat ditemui untuk merawat wabak tersebut.

Malah katanya, kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut mengesahkan empat kes positif melibatkan rakyat China yang berkunjung ke negara ini merupakan berita mengejutkan dan perlu ditangani sebaiknya.

"Seharusnya kerajaan mengambil inisiatif tegas dan segera dengan menangguh sementara kemasukan pelancong China ke Malaysia.

"Bukan kita tidak beri mereka masuk langsung tetapi tangguhkan sementara waktu sehingga isu koronavirus ini reda dan dapat dicari ubatnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa Shah berkata, tidak dapat dinafikan pihak berkuasa negara akan membuat pemeriksaan ketat dan rapi di kesemua pintu masuk namun ia belum mencukupi bagi membanteras penularan wabak ini.

"Memanglah dikatakan kita akan buat pemeriksaan yang ketat di pintu masuk untuk kekang kemasukan pelancong yang membawa virus ini.

"Tetapi adakah kita hanya mahu bergantung kepada pemeriksaan sahaja? Sedangkan kita boleh ambil tindakan yang lebih selamat.

Artikel Berkaitan:

"Ada yang mengatakan pembawa virus ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Jika benar ini sangat bahaya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!