The Risers terus menabur bakti kepada komuniti sekolah

Para duta The Risers, melalui inisiatif seperti CAREbinet by The Risers, memperoleh pengalaman berharga apabila mereka mendapat bimbingan dan peluang untuk berkolaborasi dengan organisasi ternama seperti Me.Reka.
Para duta The Risers, melalui inisiatif seperti CAREbinet by The Risers, memperoleh pengalaman berharga apabila mereka mendapat bimbingan dan peluang untuk berkolaborasi dengan organisasi ternama seperti Me.Reka.
A
A
A

Dalam komitmennya untuk memacu perubahan positif dalam komuniti, Taylor’s College terus melibatkan sayap penglibatan belianya, The Risers, untuk memupuk persekitaran pemikiran dan tindakan yang sedar sambil menawarkan peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran kepimpinan yang boleh digunakan dalam bidang profesional dan peribadi.

Pendekatan The Risers: Engage, Equip, Empower

 The Risers berperanan sebagai jambatan antara pembelajaran akademik dan cabaran dunia sebenar.
 The Risers berperanan sebagai jambatan antara pembelajaran akademik dan cabaran dunia sebenar.

Strategi The Risers yang bertujuan untuk ‘ENGAGE’ komuniti persekolahan, ‘EQUIP’ mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan di sekolah dan dalam masyarakat, serta ‘EMPOWER’ mereka untuk merancang laluan hidup mereka sendiri sambil memberi kembali kepada masyarakat., bertujuan menyokong misi yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4) untuk memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama serta mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

Untuk melaksanakan strategi ini, The Risers mempunyai kumpulan pelajar yang dikenali sebagai duta The Risers. Duta-duta ini menyertai institusi pada peringkat asas untuk aktif terlibat dalam inisiatif-inisiatif yang menyediakan pengetahuan dan kemahiran penting bagi pembangunan diri dan profesional, serta memberdayakan komuniti terlibat untuk merancang hala tuju hidup yang bermakna untuk masa depan.

Duta-duta ini, yang juga merupakan para pelajar dari pelbagai kursus di institusi Taylor’s, berpeluang mengalami peluang pembelajaran praktikal untuk memperhalusi kemahiran insaniah mereka, melibatkan diri dalam projek kolaboratif dengan pemimpin industri, dan peluang untuk mengembangkan kemahiran dunia nyata yang mempertingkatkan perjalanan akademik mereka dan prospek kerjaya masa depan.

Mencipta pengalaman pembelajaran baharu dengan Taylor's Cruiser by The Risers

Artikel Berkaitan:

Salah satunya adalah Taylor’s Cruiser by The Risers, yang bertujuan mempertingkatkan inisiatif penglibatannya dengan pendekatan futuristik melalui pendigitalan pengalaman pelajar dengan aktiviti trak bergerak, menampilkan Vortex.

No Image Caption

Yap Han Ze, pelajar tahun satu jurusan Undang-Undang, berkata inisiatif Taylor's Cruiser by The Risers telah memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laluan pengajian yang berpotensi, meneroka pelbagai kursus di kolej dan universiti, serta mencuba teknologi Realiti Maya terkini yang akan digunakan dalam pengajian mereka pada masa depan.

Ujar beliau, pelajar dapat mengeksplorasi minat mereka dan memperoleh gambaran kasar tentang apa yang boleh mereka kejar selepas menamatkan pendidikan menengah mereka. Selain itu, teknologi VR juga membolehkan mereka merasai trend masa depan dan kaedah pembelajaran dalam pendidikan tinggi.

“Aspek paling bermakna apabila menyertai Taylor's Cruiser by The Risers adalah saya dapat berinteraksi dengan pelajar sekolah menengah dan berkongsi pengalaman peribadi saya sebagai pelajar universiti.

“Kebanyakan daripada kita semasa di sekolah menengah tidak pasti mengenai pengajian masa depan kita. Oleh itu, menyertai Taylor's Cruiser by The Risers memberi saya peluang untuk memberikan panduan mengenai bagaimana kita boleh memilih kerjaya masa depan dan laluan pengajian yang mungkin mereka kejar untuk mencapai matlamat mereka.

“Selain itu, melawat sekolah-sekolah menengah dan berinteraksi dengan pelajar mengingatkan saya tentang kenangan indah saya semasa saya masih remaja sekolah menengah,” katanya.

The Taylor’s Cruiser by The Risers bukan sahaja memberikan pendedahan kepada komuniti umum tentang pembelajaran digital tetapi juga memberikan banyak pengalaman kepada duta The Risers ketika mendekati kumpulan sasar.
The Taylor’s Cruiser by The Risers bukan sahaja memberikan pendedahan kepada komuniti umum tentang pembelajaran digital tetapi juga memberikan banyak pengalaman kepada duta The Risers ketika mendekati kumpulan sasar.

Membina komuniti dengan CAREbinet by The Risers

Mahasiswa tahun akhir jurusan Sains Bioperubatan, Ludwina Anela Effiana Rumuat, 20, pula telah berkongsi pengalaman dan apa yang menginspirasikan beliau semasa menyertai inisiatif pembinaan kabinet untuk projek CAREbinet by The Risers.

Ludwina (duduk, dua dari kiri) dan Duta The Risers, Terra Ng Chia Yee (duduk, tiga dari kiri) bersama pelajar Cambridge A Level & AUSMAT lain yang terlibat membina 16 kabinet untuk projek CAREbinet oleh The Risers.
Ludwina (duduk, dua dari kiri) dan Duta The Risers, Terra Ng Chia Yee (duduk, tiga dari kiri) bersama pelajar Cambridge A Level & AUSMAT lain yang terlibat membina 16 kabinet untuk projek CAREbinet oleh The Risers.

Katanya, tanpa sebarang pengalaman dalam pembinaan projek sebelumnya, beliau beranikan diri untuk menyertai program ini dan mendapati prosesnya bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memuaskan.

“Walaupun berdepan dengan cabaran, namun dengan bimbingan daripada pakar Me.reka serta kerjasama erat bersama rakan-rakan dari Taylor’s College telah memudahkan proses pembelajaran dan pembinaan kabinet yang menggunakan bahan lestari.

“Melalui program ini, saya berjaya mempelajari kemahiran praktikal dalam pembinaan dan pemasangan kabinet, selain memahami pentingnya kerjasama dan sokongan kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan,” katanya.

Han Ze juga berkongsi pendapat yang sama, semasa penyerahan sumbangan untuk projek CAREbinet by The Risers. “Penyerahan sumbangan projek CAREbinet by The Risers ini memberi inspirasi besar kepada saya untuk lebih melibatkan diri dalam inisiatif kemasyarakatan. Apabila melihat pelajar kita berinisiatif untuk memenuhi keperluan asas pelajar dari komuniti kurang bernasib baik, ia benar-benar mengagumkan.

“Saya sedar bahawa sebagai pelajar, kita juga mampu memberi impak kepada masyarakat melalui pengumpulan dana dan kempen sumbangan. Pengalaman ini telah menggalakkan saya untuk menyertai lebih banyak acara seperti ini pada masa depan,” katanya.

Han Ze percaya bahawa inisiatif CAREbinet by The Risers akan memberi impak besar kepada penerima, terutamanya dalam perjalanan akademik mereka. “Dengan alat tulis penting seperti pensil, pemadam, pembaris, dan kalkulator saintifik, pelajar dapat menyiapkan kerja rumah dan mencatat nota dengan lebih efektif. Selain itu, mereka tidak perlu risau tentang keperluan asas seperti makanan di sekolah, membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelas,” katanya.

Program CAREbinet by The Risers yang menyediakan barang keperluan asas seperti makanan telah membantu mengurangkan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, memastikan pelajar dapat fokus kepada pelajaran mereka tanpa terganggu oleh masalah kewangan.

Meraikan kecemerlangan dalam pendidikan melalui RISE Educator Award

Sementara itu, melalui penglibatannya dengan The Risers, Ludwina turut berpeluang menjadi pengacara bersama duta lain, Aidil, dalam upacara RISE Educator Award 2024, yang memberi penghormatan kepada golongan pendidik yang cemerlang serta meraikan komitmen mereka dalam memastikan pembelajaran yang saksama bagi pelajar-pelajar mereka.

Malah Ludwina bersama duta-duta The Risers yang lain berpeluang untuk berinteraksi dan menjalinkan jaringan dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Ketua Interim Fellowship Teach for Malaysia, Sawittri Charun, Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Barry Winn, dan Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan serta finalis anugerah tersebut.

Para duta The Risers, (dari kiri ke kanan) Jancis Chong Jia Xin, Muhammad Aidil Iqbal, Ludwina, dan Heng Jui Ching, bersama Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Barry Winn, di majlis RISE Educator Award yang diadakan baru-baru ini untuk meraikan guru-guru cemerlang atas sumbangan inovatif dan inspiratif mereka kepada kecemerlangan pendidikan.
Para duta The Risers, (dari kiri ke kanan) Jancis Chong Jia Xin, Muhammad Aidil Iqbal, Ludwina, dan Heng Jui Ching, bersama Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Barry Winn, di majlis RISE Educator Award yang diadakan baru-baru ini untuk meraikan guru-guru cemerlang atas sumbangan inovatif dan inspiratif mereka kepada kecemerlangan pendidikan.

“Saya sangat terinspirasi oleh kisah Cikgu Shawn Stanly, penerima RISE Educator Award 2024, yang telah mengubah kelas sainsnya menjadi simulator penerbangan dan kelas bertema pantai untuk mendidik pelajar tentang pemuliharaan laut.

“Bagi saya RISE Educator Award amat berfungsi sebagai platform pengiktirafan dan inspirasi, menggalakkan kecemerlangan dalam amalan pengajaran.

“Pengalaman-pengalaman ini telah memperkayakan masa saya di Taylor’s, memberi peluang untuk mewakili institusi pengajian tinggi ini pada skala profesional dan berinteraksi dengan pelbagai golongan dari prospek pelajar hingga pendidik dari seluruh Malaysia,” katanya.

Kecekalan pemenang RISE Educator Award 2024, Shawn (tengah) memberi inspirasi kepada Ludwina untuk turut menabur bakti kesukarelawan melalui The Risers.
Kecekalan pemenang RISE Educator Award 2024, Shawn (tengah) memberi inspirasi kepada Ludwina untuk turut menabur bakti kesukarelawan melalui The Risers.

Jelas Ludwina lagi, inisiatif dan anugerah bukan sahaja membentuk kemahiran praktikal tetapi juga memperkukuh rasa tanggungjawab sosial dan komitmen terhadap pendidikan berkualiti.

HAN ZE
HAN ZE

Para duta The Risers seperti Ludwina dan Han Ze turut terlibat dalam pelbagai pengalaman yang menyeronokkan apabila menyertai Taylor’s Collage ke acara inovatif di seluruh Lembah Klang seperti Taylor's Cruiser oleh The Risers.
Para duta The Risers seperti Ludwina dan Han Ze turut terlibat dalam pelbagai pengalaman yang menyeronokkan apabila menyertai Taylor’s Collage ke acara inovatif di seluruh Lembah Klang seperti Taylor's Cruiser oleh The Risers.

Persekitaran dan Budaya Kampus yang Positif dan Mendorong Membantu Anda Berkembang

Malah Ludwina dan Han Ze turut berkongsi pendapat yang sama kepada pelajar yang berminat dengan pengalaman kolej yang serupa: sistem sokongan yang betul, semangat, dan minat adalah penting.

Jelas Ludwina, budaya kampus yang positif dan ekosistem yang menyokong, mendorong dan memberi motivasi kepadanya untuk meneroka minatnya, meluaskan pandangannya, berinteraksi dengan pelajar, menyumbang kepada komuniti, dan mewakili Taylor's di acara awam.

“Menjadi salah seorang duta The Risers telah meningkatkan keyakinan diri saya, mendorong saya keluar dari zon selesa saya, dan membantu saya menjadi versi terbaik diri saya. Ia bukan sahaja tentang memberi sumbangan; ia tentang berkembang bersama dan memberikan impak yang nyata dalam komuniti kita.”

Manakala Han Ze pula menekankan bahawa dalam persekitaran yang menyokong di mana pelajar dapat meneroka minat mereka, semangat dan komitmen akan muncul secara semula jadi, membolehkan mereka berkembang dan memberikan impak yang signifikan kepada komuniti.

“The Risers menunjukkan kepelbagaian kita dalam latar belakang, pendidikan, dan minat, namun kita bersatu untuk melayani mereka yang memerlukan. Melalui pengalaman ini, saya telah menemui minat untuk membantu orang lain dan menggunakan kemahiran saya untuk membuat perbezaan. Saya suka peranan saya sebagai duta kerana ia membolehkan pertumbuhan peribadi sambil menyumbang kepada komuniti kita. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dan berharap lebih ramai pelajar akan menyertai pada masa hadapan,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut inisiatif ini boleh klik pautan The Risers.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!