Seorang maut, 2 hilang helikopter terhempas di Hawaii
LOS ANGELES - Seorang disahkan maut dan dua lagi masih hilang selepas sebuah helikopter terhempas ke laut di Kauai, Hawaii pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Kauai County menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Pusat Panggilan Kecemasan Polis Kauai menerima laporan kejadian itu kira-kira 1.20 petang waktu tempatan (2320 GMT) melibatkan helikopter dengan Alii Kauai Air Tours and Charters.
Pihak berkuasa tempatan itu berkata, pelbagai agensi, termasuk Pengawal Pantai AS, Jabatan Polis Kauai, Jabatan Bomba Kauai dan Agensi Pengurusan Kecemasan Kauai telah bertindak balas terhadap insiden berkenaan.
Menurut laporan awal, orang ramai di sepanjang laluan pantai menyaksikan helikopter itu terhempas ke dalam air dan melaporkan kejadian itu kepada pusat panggilan kecemasan.
Pegawai berkata, seorang mangsa ditemukan kira-kira 2.25 petang waktu tempatan (0025 GMT Jumaat) dan disahkan maut. - Bernama-Xinhua
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!