Pengunjung Riuh Euro berpeluang menangi jam tangan eksklusif
PENGUNJUNG Riuh Euro berpeluang memenangi 10 jam tangan Submarine eksklusif dan edisi terhad dengan menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan di reruai Sinar Harian Ahad ini.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, mereka hanya perlu mendaftar melalui kod QR kehadiran bagi menyertainya di Restoran Hakim, Seksyen 7 di sini pada malam perlawanan akhir bola sepak itu.
Menurutnya, 400 pendaftaran awal layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi jam tangan yang bernilai RM350 setiap satu.
“Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh Sinar Harian dan rakan-rakan kolaborasi. Antaranya, Foot Golf, kuiz Facts or Hot Sauce, Best Goal Celebration, program khas Sinar Daily Sports Matters, cabutan bertuah dan banyak lagi.
“Hadiah menarik dan eksklusif secara percuma akan diterima pengunjung sekali gus dapat beramah mesra dengan tokoh-tokoh sukan, pempengaruh serta selebriti jemputan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Riuh Euro bakal menayangkan perlawanan akhir melalui skrin gergasi anjuran Sinar Harian dengan kerjasama rakan strategik lain seperti Restoran Hakim, Astro Biz, redONE dan Mahsuri Dagang.
Nik Justin turut menjangkakan kehadiran lebih 1,500 peminat bola sepak tegar di sekitar Lembah Klang untuk hadir di malam kemuncak Riuh Euro.
Katanya, perlawanan akhir itu akan disaksikan secara beramai-ramai menerusi skrin LED gergasi yang dibawakan khas oleh rakan kolaborasi iaitu AstroBiz.
“Saya mengajak kepada semua peminat bola untuk hadir pada malam itu dan menyertai aktiviti-aktiviti menarik berkenaan bermula jam 10 malam,” katanya ringkas.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!