Zulkafperi tanding Ketua Bahagian Bersatu Tanjong Karang

Zulkafperi menunjukkan slip pengesahan penerimaan pencalonan bagi jawatan Ketua Bahagian Bersatu Tanjong Karang di Balai Masyarakat Puncak Alam Fasa 2 pagi tadi.
Zulkafperi menunjukkan slip pengesahan penerimaan pencalonan bagi jawatan Ketua Bahagian Bersatu Tanjong Karang di Balai Masyarakat Puncak Alam Fasa 2 pagi tadi.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Bekas calon Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi mengesahkan bertanding jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang di sini hari ini.

Zulkafperi mengemukakan borang pencalonan terbabit di Balai Masyarakat Puncak Alam Fasa 2 kira-kira jam 10.55 pagi tadi.

Zulkafperi memberitahu, beliau mempunyai agenda memperkasa parti di bahagian tersebut apatah lagi Parlimen Tanjong Karang tewas pada PRU lalu.

"Ini bebanan berat untuk memperkasa Bersatu Bahagian Tanjong Karang supaya pada PRU akan datang, kita mampu merampas Parlimen Tanjong Karang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong yang dimenangi Barisan Nasional (BN)," katanya.

Katanya, perebutan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Tanjong Karang disifatkan tidak mudah dan memerlukan sepenuh komitmen ahli dan juga rakyat di kawasan terbabit.

"Saya menjangkakan saingan kali ini sengit membabitkan tiga penjuru, namun masih menaruh harapan tinggi kerana sentiasa bekerja," katanya.

Sementara itu katanya, walaupun beliau tewas kepada calon BN, Tan Sri Noh Omar pada PRU14 lalu, namun beliau mengakui terus komited menyantuni masyarakat dan terbukti apabila ahli Bersatu Bahagian Tanjong Karang meningkat kepada seramai 2,500 ahli.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!