Wanita parah diseret treler

Seorang wanita dilaporkan parah selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Masjid KLIA, Sepang pada Jumaat.
Seorang wanita dilaporkan parah selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Masjid KLIA, Sepang pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Seorang pembonceng motosikal parah diseret treler sejauh kira-kira 80 meter dalam kejadian di Jalan Masjid KLIA, di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.22 petang.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua mangsa wanita berusia 25 dan 39 tahun.

"Insiden itu dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang oleh mangsa berusia 39 tahun bergesel dengan sebuah treler.

Mangsa yang membonceng motosikal telah terjatuh sebelum digilis treler sejauh kira-kira 80 meter.
Mangsa yang membonceng motosikal telah terjatuh sebelum digilis treler sejauh kira-kira 80 meter.

"Pembonceng iaitu mangsa berusia 25 tahun telah terjatuh sebelum digilis sejauh kira-kira 80 meter serta tersepit dan keadaannya dilaporkan parah, manakala seorang lagi mangsa alami cedera ringan," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit itu berjaya dibawa keluar oleh pihak bomba pada jam 3.33 petang.

Tambahnya, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!