Pejabat pasport dalam lapangan terbang Kota Kinabalu mula operasi

Saifuddin menyerahkan pasport yang diperbaharui kepada seorang pelanggan di kaunter Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Sabah di KKIA.
Saifuddin menyerahkan pasport yang diperbaharui kepada seorang pelanggan di kaunter Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Sabah di KKIA.
A
A
A

KOTA KINABALU - Satu-satunya pejabat pasport di negara ini yang terletak dalam bangunan lapangan terbang kini sudah beroperasi sepenuhnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pejabat pasport Jabatan Imigresen Malaysia itu telah beroperasi sejak dua minggu yang lalu dan kini bersedia untuk menerima pelanggan bagi proses permohonan dan memperbaharui pasport perjalanan ke luar negara.

"Hari ini kita meluncurkan pejabat pengeluar pasport yang ke-72 di seluruh negara. Tetapi ini satu-satunya pejabat pengeluar pasport yang terletak dalam kawasan bangunan lapangan terbang.

"Tahun lepas kita luncurkan satu di Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur (KLIA) tetapi itu di luar, premisnya di luar, berdekatan kompleks KLIA jadi ini satu-satunya (dalam lapangan terbang)," katanya selepas merasmikan pejabat itu di KKIA, di sini pada Jumaat.

Katanya lagi, dengan mewujudkan pejabat pasport yang ketujuh di Sabah ia sudah tentu memberi manfaat kepada komoniti berhampiran.

"Ia meliputi daerah Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu dan memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan masih baru beroperasi, jadi ia lebih kepada perkhidmatan membuat pasport baharu atau proses pembaharuan sahaja buat masa sekarang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!