Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Pada 6.01 petang, ringgit berada pada berbanding dolar AS daripada 4.6855/6895 semasa ditutup semalam.
Semasa sesi dagangan awal hari ini, ringgit mencecah paras tertinggi harian sebanyak RM4.6630 berbanding dolar AS dan susut kepada RM4.6757 pada tengah hari.
Setakat ini, ringgit muncul sebagai mata wang kedua berprestasi terbaik di rantau Asia, mengalami penyusutan sederhana sebanyak 1.56 peratus berbanding dolar AS mengikuti rapat di belakang rupee India yang merosot sebanyak 0.37 peratus berbanding mata wang AS.
Dolar Brunei dan dolar Singapura masing-masing menyaksikan penurunan 1.70 peratus manakala rupiah Indonesia turun 4.57 peratus dan peso Filipina jatuh sebanyak 5.15 peratus berbanding dolar US.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataIndeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah daripada jangkaan yang mencapai 3.0 peratus (berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.1 peratus) menunjukkan bahawa trend disinflasi berjalan dengan baik.
"Selain itu, Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell dalam keterangannya kepada Kongres AS, mencadangkan bahawa penurunan kadar faedah boleh berlaku dan bahawa kadar inflasi tidak perlu turun lebih rendah daripada dua peratus sebelum mereka boleh memulakan keputusan pelonggaran monetari.
"Nampaknya garis masa bulan September akan menjadi masa yang berkemungkinan untuk Fed mula menukar pendirian sekatan mereka. Ini sudah tentu membantu mengukuhkan nilai ringgit,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Sementara itu, pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9338/9359 daripada 2.9003/9030 ketika ditutup Khamis, turun berbanding euro kepada 5.0838/0870 daripada 5.0819/0862 semalam, jatuh berbanding pound Britain kepada 6.0481/0520 daripada 6.0335/0387 sebelumnya.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.4768/4793 daripada 3.4774/4807 semalam, melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.00 daripada 8.03/8.05 pada Khamis, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9023/9160 daripada 12.9184/9341 sebelumnya.
Bagaimanapun, unit tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 289.3/289.7 daripada 289.2/289.7 semalam. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!