'Lapor segera kes buli di IPMA, MRSM' - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi memberi amaran sebarang perbuatan buli sama ada berbentuk fizikal atau mental tidak boleh dikompromi berikutan perlakuan itu satu bentuk jenayah.

Justeru beliau mengingatkan sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes buli di Institut Pendidikan Mara (IPMA) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk maklumkan kepadanya.

"Saya berpegang kepada prinsip 'you touch you go' (anda sentuh, anda keluar). Tidak layak duduk di MRSM jika tidak boleh belajar hidup bermasyarakat dan berakhlak.

"Sekiranya perbuatan buli benar-benar berlaku, tindakan tegas mengikut undang-undang dan peraturan yang ada perlu dilakukan segera," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, seorang pempengaruh yang juga pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi laman media sosialnya berkongsi satu tangkap layar meminta Asyraf Wajdi mengambil tindakan terhadap insiden yang diadukan seorang ibu mengenai anak lelakinya dibuli senior di sebuah MRSM.

Katanya, Mara wajar mengambil tindakan segera terhadap insiden itu kerana dibimbangi boleh diikuti dengan kekerasan fizikal yang akhirnya membawa kecederaan tubuh dan mental.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi dalam ruangan komen bertindak proaktif bertanya lokasi MRSM terbabit dan memberi tempoh sehingga petang Jumaat bagi menyediakan laporan berhubung kes itu.

"Saya sudah terima maklumat dan pihak pentadbiran MRSM berkenaan sedang ambil tindakan segera. Saya minta (mengarahkan) laporan lengkap mengenainya paling lewat esok petang (Jumaat).

Artikel Berkaitan:

"Saya minta siasatan dibuat secara adil dan menyeluruh," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!