PM Nepal hilang majoriti sokongan dalam Parlimen

Pushpa Kamal Dahal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Jumaat. Foto EPA
Pushpa Kamal Dahal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Jumaat. Foto EPA
A
A
A

KATHMANDU - Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Jumaat.

Dahal hanya memperoleh sokongan 63 Ahli Parlimen, kurang daripada 138 undi yang diperlukan di Dewan Perwakilan yang mempunyai 275 anggota, lapor Xinhua.

Ini adalah kali kelima perdana menteri mengadakan undi percaya sejak beliau menjadi ketua kerajaan campuran pada akhir Disember 2022.

Sebagai pengerusi Parti Komunis Nepal (Pusat Maois), Dahal menolak gesaan untuk meletak jawatan sebaliknya meminta undi percaya sekali lagi diadakan di Dewan Perwakilan selepas Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) menamatkan dan menarik balik sokongan terhadap kerajaan campurannya pada 3 Julai. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!