Air Selangor sahkan label notis potong bekalan air bil tertunggak

Notis makluman dikeluarkan Air Selangor di laman Facebooknya malam tadi.
Notis makluman dikeluarkan Air Selangor di laman Facebooknya malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan label notis pemotongan bekalan air yang tular di laman sosial, diguna pakai oleh pihaknya.

Air Selangor menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan, label notis itu digunakan untuk pelanggan yang mempunyai tunggakan bil.

"Bagi pelanggan yang tidak mempunyai tunggakan bil tetapi turut menerima label notis tersebut, sila hubungi kami di talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Help Centre yang boleh didapati menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," menurut hantaran itu pada Jumaat malam.

Label notis pemotongan bekalan air yang tular di laman sosial.
Label notis pemotongan bekalan air yang tular di laman sosial.

Terdahulu, tular di laman sosial dakwaan pengguna yang memaklumkan bekalan air terhenti secara tiba-tiba dan kemudiannya keluar untuk memeriksa dan ternampak tanda merah terbabit.

Dakwaan itu turut memaklumkan imbas kod QR itu membawa kepada laman web yang pada pandangan pertama kelihatan seperti laman web Air Selangor yang sah tetapi kemudian ia kelihatan sebaliknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!