Penduduk China gemar makan reriang, percaya kandungan zat tinggi

Reriang sering dijadikan makanan sampingan oleh penduduk di Zhejiang, Hebei, Henan dan Shandong. Foto Agensi
Reriang sering dijadikan makanan sampingan oleh penduduk di Zhejiang, Hebei, Henan dan Shandong. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang peraih reriang atau riang-riang di wilayah Zhejiang di tenggara China mengakui dia berjaya menjual kira-kira 100 kilogram (kg) sehari dan memperoleh pendapatan sehingga 10,000 yuan (RM6,538) hasil berniaga serangga tersebut.

Serangga yang dikupas dijual dengan harga lebih daripada 800 yuan (RM513) sekilogram.

Reriang boleh dimasak dengan cara menggorengnya, merebus dan ditumis dengan bawang putih.

Sebenarnya tabiat memakan reriang atau cicadas telah popular di beberapa wilayah China termasuk Zhejiang, Hebei, Henan dan Shandong.

Hidangan yang paling terkenal adalah 'reriang goreng emas' dan caranya menggoreng serangga itu sehingga garing.

Beberapa wilayah lebih gemar reriang dewasa yang mempunyai sayap kerana mereka mendakwa ia lebih rangup dan berperisa selain mempunyai protein, kalsium dan nutrien lain.

Ia juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti berkesan melegakan batuk terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran kepada individu yang mengalami alahan kerana bimbang ia akan menjejaskan antibodi badan mereka.

"Kepala, sayap, kaki perlu dibuang sebelum digoreng bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan mikrob. Sentiasa perhatikan ia segar," kata pakar neurologi di Hospital Pusat Shaoxing, Fang Haitao.

Artikel Berkaitan:

Terdapat kira-kira 2,500 spesies reriang di serata dunia dan banyak lagi belum dikelaskan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!