Misi Sepanyol juara, Olmo tak kisah kasut emas

Olmo. Foto AFP
Olmo. Foto AFP
A
A
A

PENYERANG sensasi, Dani Olmo enggan ambil peduli mengenai peluang untuk meraih kasut emas kerana misi yang lebih penting ialah membantu Sepanyol merangkul gelaran Euro 2024.

Pemain tengah RB Leipzig itu bersaing dengan penyerang England, Harry Kane yang terikat dengan tiga jaringan bersama empat pemain lain.

Sekiranya salah seorang meledak dalam perlawanan akhir di Berlin awal pagi Isnin, mereka boleh meraih anugerah berkenaan.

Olmo bagaimanapun menyifatkan sasaran pasukan lebih penting berbanding kejayaan individu.

"Ia adalah motivasi tambahan (kasut emas), jika ada ruang kerana yang penting kami boleh menang.

"Saya tak kisah sama ada boleh hasilkan gol atau penjaga gol (Unai Simon) melakukannya.

"Paling penting menang perlawanan, tapi saya sentiasa ada sasaran membantu jaringan," katanya.

Olmo bagaimanpun bukan menjadi pilihan utama jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, namun kehadirannya dari bangku simpanan memberi impak positif buat pasukan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!