Keputusan Speaker tidak dipengaruhi Kerajaan Perpaduan

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak mengosongkan enam kerusi ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri adalah selari dengan Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No 3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau Akta Anti Lompat Parti.

A
A
A

MACHANG - Keputusan Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan kedudukan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dipengaruhi Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berkata, sebagai Speaker, Johari bebas membuat keputusan itu kerana Parlimen merupakan institusi yang bebas dan legislatif.

Justeru, Mohamed Khaled berkata, dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mendakwa Akta Anti Lompat Parti hanya sia-sia merupakan pandangan peribadi sahaja.

“Parlimen merupakan satu institusi bebas dan Speakernya mempunyai kedudukan tersendiri iaitu boleh membuat keputusan sendiri dengan menggunakan kuasa diperuntukkan kepadanya.

"Jadi kena faham keputusan Speaker yang tidak didorong oleh pihak Eksekutif iaitu Kerajaan Perpaduan. Speaker juga menyatakan pendirian dan ada asas-asas keputusannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Machang pada Jumaat.

Akmal melalui akaun Facebook peribadi beliau membuat hantaran “Jangan marah rakyat jika mereka benci pada orang politik, selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik.”

Hantaran itu dibuat dipercayai susulan keputusan Speaker Dewan Rakyat mengekalkan keputusan beliau bahawa enam Ahli Parlimen Bersatu kekal sebagai wakil rakyat walaupun keahlian mereka dalam parti sudah tergugur kerana memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Menurut Mohamed Khaled, rakyat perlu faham bahawa pindaan Perlembagaan yang dibuat Bersatu bertujuan memastikan ahlinya hilang keahlian.

"UMNO pula sebelum pilihan raya sudah meminda Perlembagaan dan memastikan semua yang bertanding menandatangani perjanjian," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!