PM luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Omar Suleiman
![Anwar (dua dari kanan) dan Dr Wan Azizah (kanan) meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman (dua dari kanan) di kediamannya. Foto FB Anwar Ibrahim](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/07/13/2724316.jpg)
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat Dr Omar Suleiman di kediamannya.
Menerusi catatan di Facebook pada Sabtu, Anwar berkata, pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.
"Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” katanya.
Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.
Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga Anwar. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!