Pindaan RUU Kanun Keseksaan tangani kes scammer

Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 merupakan langkah positif dalam usaha polis memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan terhadap kes penipuan khususnya penipuan dalam talian.
Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 merupakan langkah positif dalam usaha polis memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan terhadap kes penipuan khususnya penipuan dalam talian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 merupakan langkah positif dalam usaha polis memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan terhadap kes penipuan khususnya penipuan dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui pindaan tersebut, individu yang menjadi dalang kes penipuan dalam talian termasuk pemilik keldai akaun akan berdepan hukuman lebih berat melalui tindakan di bawah peruntukan baharu.

"Perkembangan ini amat dialu-alukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan buat masa ini tiada sebarang peruntukan khusus bagi menghukum pesalah melibatkan akaun keldai ini.

"PDRM yakin pindaan ini bakal memberikan landskap baharu dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah komersial," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Ramli berkata, beberapa peruntukan baharu yang telah diluluskan antaranya Seksyen 424A Kanun Keseksaan untuk kesalahan dan penalti bagi pemilikan atau kawalan terhadap instrumen pembayaran atau akaun bank orang lain.

"Seksyen 424B Kanun keseksaan, ia untuk kesalahan dan penalti bagi pemberian pemilikan atau kawalan terhadap instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan.

"Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan pula peruntukan kesalahan dan penalti bagi seseorang yang terlibat dalam mana-mana transaksi menggunakan instrumen pembayaran atau akaunnya di institusi kewangan," katanya.

Beliau berkata, Seksyen 424C(2) Kanun Keseksaan untuk peruntukan dan penalti bagi seseorang yang terlibat dalam mana-mana transaksi menggunakan mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan.

Artikel Berkaitan:

"Seksyen 424D Kanun Keseksaan, peruntukan bagi takrif 'institusi kewangan' dan 'instrumen pembayaran' dalam konteks Seksyen baharu 424A, 424B dan 424C.

"Seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah, bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai polis dengan pangkat tidak kurang dari Sarjan untuk merampas atau menyekat urusan berkaitan transaksi kewangan," katanya.

Pada Rabu, media melaporkan Dewan Rakyat meluluskan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 bertujuan mewujudkan peruntukan bagi kesalahan membabitkan kaedah pembayaran atau akaun di institusi kewangan.

RUU yang dibahaskan oleh 21 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, diluluskan dengan suara majoriti Ahli Dewan Rakyat selepas dibentang pertama kali pada Selasa.

Kelulusan RUU itu diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas digulung Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

Kulasegaran dilaporkan berkata, sebanyak 74,464 kes jenayah penipuan dalam talian direkodkan dari tahun 2022 hingga kini, membabitkan kerugian berjumlah RM2.65 bilion.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!