Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh sungai

Pihak Bomba sedang menjalankan pencarian di lokasi dipercayai mangsa terjatuh di Sungai Pahang pada Sabtu. Foto Bomba Pahang
Pihak Bomba sedang menjalankan pencarian di lokasi dipercayai mangsa terjatuh di Sungai Pahang pada Sabtu. Foto Bomba Pahang
A
A
A

PEKAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Pahang berhampiran Kampung Belimbing di sini pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 8.55 pagi.

"Pengadu mendakwa ternampak sebuah bot di seberang sungai yang hilang kawalan dan seorang mangsa telah terjatuh ke dalam sungai," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, seramai 13 anggota daripada pasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Marang dan Pekan, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah ke lokasi terbabit.

Jelasnya, dua pegawai polis dan orang kampung bersama lima bot telah membantu urusan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Usaha sedang dilakukan untuk akses ke lokasi mangsa jatuh," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!