Bina lancar MyVilla untuk generasi baharu Felda

Model rumah MyVilla dipamerkan di MAEPS Serdang bersempena Hari Peneroka Felda 2024 yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.
Model rumah MyVilla dipamerkan di MAEPS Serdang bersempena Hari Peneroka Felda 2024 yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.
A
A
A

SERDANG - MyAngkasa Bina Sdn Bhd (Bina) melancarkan model rumah MyVilla bagi lot generasi baharu Felda.

Pengurus Besar Pemasaran Bina, Muhammad Rizal Hamzah berkata, mereka yang memiliki tapak rumah melalui Skim Lot Generasi Felda diberi peluang memilih pelbagai reka bentuk rumah MyVilla yang disediakan mengikut kadar harga berpatutan.

Menurutnya, seunit rumah ditawarkan dengan harga antara RM50,000 hingga RM300,000 dengan keluasan bermula dari 500 kaki persegi hingga 2,500 kaki persegi yang menggunakan sistem pembinaan IBS.

"Bagi melengkapi pemilikan rumah MyVilla, Bina juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kerja-kerja infrastuktur, perkakasan rumah dan kaedah pemilikan rumah yang menarik melalui jalinan penyedia pembiayaan.

"Konsep diperkenalkan ini akan dapat memenuhi hasrat pembeli memiliki rumah yang diidamkan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pelancaran model rumah MyVilla telah diadakan di MAEPS Serdang bersempena Hari Peneroka Felda 2024 yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Bina, Datuk Mohd Shukree Che Isa dengan menandatangani plakad Momento Kolaborasi bersama wakil Felda sambil disaksikan oleh Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Muhammad Rizal berkata, pada majlis itu, Bina turut mempamerkan replika sebenar rumah MyVilla yang ditawarkan berkeluasan 500 kaki persegi beserta susun atur perabot dan perkakasan rumah MyGreenStyle dari Bina.

Artikel Berkaitan:

"Melalui MyGreenStyle turut mempromosikan produk runcit perkakasan perabot dan barangan elektrik termasuk peralatan keselamatan berteraskan konsep ’Green’ dengan harga yang sangat menarik lebih murah dari pasaran.

"Pakej itu menawarkan tiga kaedah pembelian mudah iaitu melalui pembelian secara tunai atau kad kredit atau QR code selain beli secara sewa beli dan belian secara potongan gaji bulanan ansuran selama maksima tiga bulan," katanya.

Bina merupakan syarikat di bawah naungan dan milik penuh Angkasa yang telah ditubuhkan sejak 2013.

Syarikat ini juga merupakan sebuah firma sebuah firma tribrid nasional di dalam sektor hartanah, pembinaan dan peruncitan yang berorientasikan kualiti, hijau dan patuh syariah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!