PRK Nenggiri: Bersatu guna logo Pas, yakin pertahan kerusi

Muhyiddin (tengah) bersama Kepimpinan Tertinggi Bersatu pada Konvensyen Bersatu 2024 yang diadakan pada Sabtu. Foto Sinar Harian-Rosli Talib
Muhyiddin (tengah) bersama Kepimpinan Tertinggi Bersatu pada Konvensyen Bersatu 2024 yang diadakan pada Sabtu. Foto Sinar Harian-Rosli Talib
A
A
A

SELAYANG - Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di semua peringkat diingatkan untuk memberi sokongan penuh kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, pada Ogos depan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan sentimen rakyat, beliau yakin Bersatu dapat mempertahankan kerusi Nenggiri meskipun bertanding menggunakan logo Pas.

“Saya yakin dengan izin ALLAH kita akan berjaya mempertahankan kerusi Nenggiri pula.

“Menjadi kewajipan semua ahli majlis tertinggi dan kepimpinan parti di semua peringkat untuk datang serbu dan gegar Nenggiri untuk bangkitkan kesedaran di kalangan pengundi-pengundi terutama pengundi Melayu dan orang asal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, pengundi perlu tahu bahawa masa depan mereka lebih terjamin sekiranya Bersatu menggunakan logo Pas di Nenggiri kerana Kelantan diperintah oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pas.

“Boleh janji saya menang? Saya tak fikir kalah, Nenggiri adalah medan perjuangan seterusnya selepas Sungai Bakap,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri ialah pada 17 Ogos depan.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 serta 13 Ogos depan.

Sebelum itu, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!