Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada masa ini PDRM bergantung kepada undang-undang sedia ada untuk menangani kes buli siber.

"Bagi kes buli siber ini jika ianya melibatkan peras ugut dan ugutan, kita (polis) akan melakukan siasatan di bawah Kanun Keseksaan.

"Dalam konteks mengeluarkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman dan ayat-ayat jelik pula, ianya akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Razarudin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.

"Dua jabatan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut hadir membincangkan dan memperincikan perkara berkenaan.

"Kita amat mengharapkan undang-undang yang lebih khusus untuk menangani buli siber," katanya.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap masalah buli siber.

Artikel Berkaitan:

Anwar juga telah mengarahkan PDRM dan SKMM untuk melipatgandakan usaha dalam menangani masalah buli siber susulan kematian seseorang pempengaruh media sosal dan aktivis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!