Kehilangan lelaki OKU dapat perhatian MB

Hantaran Facebook Wan Rosdy berkait kehilangan mangsa.
Hantaran Facebook Wan Rosdy berkait kehilangan mangsa.
A
A
A

KUANTAN - Kehilangan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), Rosdan Mat, 52 dari Kampung Redan, Lipis, sejak 16 hari lalu mendapat perhatian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, operasi mencari masih lagi diteruskan oleh pasukan penyelamat dan juga penduduk kampung dan beliau mengikuti rapat perkembangannya.

"Saya telah meminta Setiausaha Politik, Mohd Farid Mohd Nor untuk bertemu dengan keluarga mangsa untuk memberi kata-kata semangat dan sedikit sumbangan.

"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dan marilah kita berdoa agar mangsa segera ditemui dalam keadaan selamat. Insya-ALLAH," ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui hantaran Facebooknya pada Jumaat.

Sebelum ini polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan lelaki OKU itu yang dilaporkan hilang pada 28 Jun lalu.

Kehilangan mangsa dilaporkan adik iparnya (pengadu) selepas mendapati lelaki itu tiada di rumah.

Berdasarkan kenyataan polis sebelum ini, kehilangan mangsa disedari selepas pengadu ke rumah abang iparnya itu di Kampung Redan jam 8 pagi hari berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mangsa difahamkan mengalami masalah kesihatan mental sejak remaja lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!