'BN tewas di Selangor, Pusat gara-gara Noh' - Puad Zarkashi

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO menyindir Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Noh Omar yang menyatakan gabungan beliau bersama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mampu merampas Selangor kembali.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, UMNO sehingga kini tidak mampu bangkit di Selangor selepas tewas pada 2008 di mana ketika itu Noh merupakan pemimpin parti berkenaan.

“Noh lupa dia Jeneral UMNO Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Dia desak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melewatkan PRU sehingga selesai urusan persempadanan. BN tewas di Selangor dan Pusat gara-gara Noh.

“Sekarang dia buat pengakuan telah bantu Azmin dari belakang di Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor lalu.

"Kalau begitu kenapa marah bila kena gantung? Dia sendiri minta dipecat. Maka jangan tuduh UMNO kuku besi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Mengulas kenyataan Noh yang mendakwa gabungannya bersama Azmin akan menakutkan BN-PH, Mohd Puad berkata, beliau bersimpati kerana cita-cita bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu jadi calon tidak kesampaian.

“Apa pun, kita simpati kerana cita-cita Noh jadi calon tersekat. Speaker buat keputusan kerusi Tanjung Karang tidak kosong, Noh kempunan. Azmin lega.

“Mana mungkin ada dua Jeneral dalam satu kapal. Noh pendatang asing. Maka Noh-Azmin bukanlah panglima yang menggerunkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU15, Noh digugurkan daripada mewakili UMNO bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang.

UMNO kemudian memecatkan beliau pada 28 Januari 2023 disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa PRU15.

Pada 4 Julai lalu, Noh mengesahkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta dan permohonan itu dibuat secara terus dalam talian tanpa diketahui sesiapa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!