Bangunan sekolah runtuh ketika sesi pembelajaran, 22 maut

Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas sebuah bangunan sekolah runtuh ketika sesi pembelajaran di tengah Nigeria. Foto AFP
Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas sebuah bangunan sekolah runtuh ketika sesi pembelajaran di tengah Nigeria. Foto AFP
A
A
A

LAGOS - Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas sebuah bangunan sekolah runtuh ketika sesi pembelajaran di tengah Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Sekitar 130 orang kini dirawat di hospital berdekatan, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar dan kakitangan sekolah, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint Academy di bandar Jos, menurut pegawai maklumat dan komunikasi negeri Plateau, Musa Ibrahim Ashoms.

Jumlah kematian dijangka meningkat dengan anggaran 200 pelajar dipercayai terperangkap di bahagian bangunan runtuh itu.

Bangunan dua tingkat itu runtuh selepas hujan lebat melanda kawasan itu.

Siasatan mengenai punca kejadian telah dijalankan.

Sebelum ini, Nigeria menyaksikan beberapa insiden yang sama hingga mengorbankan nyawa disebabkan struktur bangunan lemah, penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan rasuah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!