BN umum calon PRK Nenggiri lebih awal - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus Kali Ke-36 pada Sabtu. Foto Bernama
Ahmad Zahid (tengah) hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus Kali Ke-36 pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA NERUS - Nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos depan bakal diumumkan lebih awal.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan sudah dibuat dan senarai nama calon yang dikenal pasti itu telah diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

"Kami di biro politik telah menerima senarai pendek daripada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang menyalurkan nama itu pada perhubungan UMNO negeri.

"Biro politik telah buat keputusan dan kita menyerahkan nama kepada Ahmad Jazlan untuk buat pengumuman awal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.

PRK Nenggiri dilaksanakan berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim gagal menghentikan proses PRK Nenggiri selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara dalam saman pemula yang difailkan.

Pada 13 Jun, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri selepas menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai kehilangan keahlian Mohd Azizi dalam parti.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, calon lelaki itu adalah anak tempatan yang telah disenarai pendek dari tiga orang.

Artikel Berkaitan:

"Dah kenal pasti dan telah buat keputusan, nama itu dah serahkan pada Ahmad Jazlan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!