Meta hapus sekatan akaun Trump sebelum pilihan raya November
WASHINGTON - Syarikat induk Facebook dan Instagram, Meta dilapor akan membenarkan akses akaun bekas Presiden, Donald Trump, menurut laporan yang diterbitkan pada Jumaat.
Sekatan itu dikenakan selepas larangan dua tahun yang berkaitan dengan serangan di Capitol AS oleh penyokong Trump pada 6 Januari 2021, lapor Agensi Anadolu.
Namun, jurucakap Facebook memberitahu laman sesawang berita Axios bahawa mereka membuat keputusan ini untuk memastikan keadilan antara calon-calon bertanding pada pemilihan Presiden pada November.
Sekatan ke atas akaun Trump termasuk penalti yang lebih ketat jika beliau melanggar peraturan syarikat.
"Dalam menilai tanggungjawab kami untuk membenarkan ekspresi politik, kami percaya bahawa rakyat Amerika sepatutnya dapat mendengar daripada calon-calon presiden atas dasar yang sama," kata Presiden Hal Ehwal Global Meta, Nick Clegg dalam satu kenyataan.
Larangan Meta, bersama-sama dengan syarikat media sosial lain mendorong Trump untuk membentuk rangkaian media sosialnya sendiri, Truth Social. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!