Tiada jaminan UMNO bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat
KOTA TINGGI - Tiada jaminan UMNO bersama mana-mana gabungan politik berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam PRU16.
"Kita hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negara.
"Ketika ini, kita perlukan kerajaan yang kuat dan mantap," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong di sini, pada Sabtu.
Hadir sama, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Bagaimanapun, Mohamad tidak menolak perkara tersebut boleh diputuskan semasa PRU16 nanti berdasarkan kekuatan dan jumlah kerusi dimenangi UMNO.
"(Ada) yang kata kita akan gabung dengan PH (Pakatan Harapan), tengok PRU16, kalau (Parlimen) Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara boleh bagi (menang di kerusi tersebut), kita langgar," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Luar itu menjelaskan parti perlu lebih memahami kehendak orang muda yang kini menjadi pengundi baharu dan banyak menentukan keputusan PRU.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!