Rujuk Air Selangor jika terima label merah pemotongan bekalan

Tular label merah disalah guna pihak tertentu bagi tujuan penipuan secara dalam talian.
Tular label merah disalah guna pihak tertentu bagi tujuan penipuan secara dalam talian.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelanggan yang tiada tunggakan, namun menerima label merah pada meter diminta menghubungi Air Selangor untuk semakan.

Air Selangor berkata demikian sebagai maklum balas berkenaan isu tular label merah yang telah disalah guna pihak tertentu untuk tujuan penipuan.

Menerusi kemas kini di Facebook Air Selangor menjelaskan, pihaknya menggunakan label tersebut terhadap pelanggan yang mempunyai tunggakan.

"Berikutan insiden berkenaan label notis pemotongan bekalan air yang tular di media sosial, Air Selangor ingin memaklumkan bahawa label notis tersebut diguna pakai oleh pihak kami untuk pelanggan yang mempunyai tunggakan bil.

"Bagi pelanggan yang tidak mempunyai tunggakan bil tetapi turut menerima label notis tersebut, sila hubungi Air Selangor di talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Help Centre yang boleh didapati menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," menurut kemas kini itu.

Sebelum ini, tular dakwaan bekalan air terhenti secara tiba-tiba dan selepas diperiksa, terdapat label pemotongan berwarna merah yang dipasang pada meter rumah.

Selepas diimbas kod QR, membawa pautan kepada sebuah laman web Air Selangor yang didakwa palsu.

Notis peringatan Air Selangor berkenaan isu tular itu.
Notis peringatan Air Selangor berkenaan isu tular itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf meminta orang ramai tidak mengimbas sebarang kod QR yang meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Dalam isu tular itu, pelanggan yang terlibat dengan insiden sama dinasihatkan menghubungi terus syarikat air berkenaan untuk pengesahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!