Jurutera projek Mapim di Gaza maut akibat serangan Israel

Jurutera pembinaan bagi projek Mapim di Gaza, Hissam Mansour dilaporkan meninggal dunia dalam serangan udara terbaharu rejim Israel ke atas pejabat organisasi di Utara Gaza.
Jurutera pembinaan bagi projek Mapim di Gaza, Hissam Mansour dilaporkan meninggal dunia dalam serangan udara terbaharu rejim Israel ke atas pejabat organisasi di Utara Gaza.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jurutera pembinaan bagi projek Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Gaza, Hissam Mansour dilaporkan meninggal dunia dalam serangan udara terbaharu rejim Israel ke atas pejabat organisasi di Utara Gaza.

Berita pemergian pemuda warga Palestin itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Sani Araby Al-Kahery dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sani Araby, Allahyarham yang juga pegawai lapangan penting Mapim terkorban syahid dalam serangan berkenaan.

"Dengan penuh hiba dan berduka, saya kehilangan sahabat dan insan penting yang banyak membantu seawal 2012 untuk pembinaan projek-projek Mapim di Gaza

"Menerima mesej yang sungguh mengejutkan dan hiba... Kelu saat gambar sahabat merangkap pegawai lapangan penting kita terkorban syahid di Gaza," katanya dalam kenyataan tersebut.

Berkongsi lanjut, beliau berkata kali terakhir mereka berhubung ketika perbincangan mengenai Bandar Wakaf Malaysia di Gaza dan pembinaan bangunan Menara ICT Malaysia bersama Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Katanya, Allahyarham begitu teruja dan menyifatkan projek tersebut sebagai sangat perlu untuk keperluan asas penduduk Gaza, selain sebagai contoh agar Gaza dibangunkan secara tersusun dan mewakili Malaysia.

"Sesungguhnya kami menjadi saksi betapa hidupnya didedikasikan untuk mempertahankan serta membangunkan Gaza," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, Sani Araby mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!