Ops Hawk: Remaja 16 tahun antara 323 ditahan kes dadah

Ops Hawk: Remaja 16 tahun antara 323 ditahan kes dadah
Ops Hawk: Remaja 16 tahun antara 323 ditahan kes dadah
A
A
A

KUANTAN - Empat wanita dan remaja bawah umur antara 323 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah menerusi 193 serbuan Ops Hawk yang diadakan secara serentak di 11 daerah bermula 9 hingga 12 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kesemua suspek ditahan berusia 16 hingga 63 tahun menerusi 287 pemeriksaan dijalankan di sarang penagihan dadah dan pusat hiburan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, seramai 42 individu ditahan di bawah kategori kesalahan bekalan atau pengedaran dan 77 individu, kesalahan memiliki serta 204 lagi membabitkan urin.

"Melalui operasi ini juga, JSJN (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) telah berjaya mengesan dan menangkap lapan lelaki yang dikehendaki atas kesalahan dadah.

"Hasil semakan rekod lampau, daripada keseluruhan tangkapan tersebut, 32 individu berpotensi untuk dituduh di bawah seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM97,147.

Dalam pada itu, Noor Hisam berkata, operasi ini diadakan bagi memerangi aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di seluruh Pahang.

Tegasnya, ia juga merupakan usaha polis dalam mengekang kehadiran penagih baru di samping mengurangkan penagih sedia ada.

Artikel Berkaitan:

"Kita percaya melalui penguatkuasaan secara berterusan dapat menimbulkan rasa takut masyarakat untuk terlibat dengan jenayah dadah.

"Operasi ini melibatkan kekuatan sumber manusia yang terdiri daripada 17 pegawai, 101 anggota, empat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan dan dua daripada anggota Jabatan Imigresen," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!