Komputer berasap akibatkan pemindahan pesawat di San Francisco

Asap dari komputer riba milik penumpang mendorong pemindahan pesawat American Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Jumaat. Foto Mati Cesario
Asap dari komputer riba milik penumpang mendorong pemindahan pesawat American Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Jumaat. Foto Mati Cesario
A
A
A

WASHINGTON - Asap dari komputer riba milik penumpang mendorong pemindahan pesawat American Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Jumaat.

Pegawai di lapangan terbang memaklumkan asap dikesan di dalam kabin Penerbangan 2045 American Airlines yang dijadual berlepas ke Miami kira-kira 12.17 tengah hari waktu tempatan, lapor United Press International (UPI).

Kru pesawat segera mengosongkan pesawat Airbus A321 dan mengesan punca kejadian.

Jabatan Bomba San Francisco berkata, asap itu berpunca daripada kebakaran bateri lithium-ion.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco memberitahu CBS News bahawa tiga penumpang mengalami kecederaan ringan semasa pemindahan.

Seorang telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. - Bernama-UPI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!